Tujuan sesi berbuka puasa ini diadakan adalah untuk mengeratkan silatulrahim di antara para blogger beragama Islam dan kakitangan Nuffnang yang berada di sebalik tabir perkhidmatan menjual ruang-ruang iklan di blog anda. Selain itu, para blogger juga boleh mengambil kesempatan ini untuk bertemu dan bergaul di antara satu sama lain terutamanya bagi mereka yang tidak pernah bertemu sebelum ini tetapi telah lama membaca blog sesama diri.
Para blogger juga berpeluang menjamu selera dengan hidangan Buffet Ramadhan yang disediakan khas oleh The Apartment yang mengutarakan sajian Negeri Sembilan dan Perak sebagai tema utama tahun ini. Antara sajian yang bakal menunggu para blogger yang hadir adalah daging salai masak lemak, rendang ayam Kuala Pilah, ikan kembung masak tempoyak asam, kuih sepang kukus dan banyak lagi!
No comments:
Post a Comment