Ayuh, sekiranya anda ingin menyertai Sesi Berbuka Puasa Bersama Nuffnang, hantarkan email kepada berbukapuasa@nuffnang.com dengan nama penuh dan URL blog anda. 15 blogger pertama yang menghantar emel kepada kami akan dijemput untuk menghadiri sesi berbuka puasa ini. Bagi tujuan mengeratkan hubungan para blogger di dalam komuniti kami, jemputan ini hanyalah untuk seorang sahaja. Ini akan memberi peluang kepada lebih ramai blogger untuk menghadiri sesi ini. Sesi berbuka puasa ini adalah esklusif untuk ahli-ahli Glitterati sahaja.
Nuffnang ingin mengucapkan ‘Selamat Menjalankan Ibadah Puasa’ kepada semua Muslimin dan Muslimat di seluruh negara.
No comments:
Post a Comment